Pengajian Hadis Tradisional Dan Moden: Tinjauan Awal Literatur
Traditional and Modern Hadith Studies: A Literature Review
Keywords:
Hadis, Tradisional, Moden, Pengajian, MobileAbstract
Perkembangan pengajian hadis terus pesat dengan pelbagai kaedah pembelajaran yang digunakan. Bermula dari kaedah tradisional sehinggalah kepada kaedah moden menjadikan pengajian hadis sentiasa berjalan dengan baik. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti kaedah yang digunakan dalam pengajian hadis melalui kaedah tradisional sehinggalah kepada keadah yang menggunakan teknologi iaitu “Mobile Learning”. Kajian akan dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang mana analisa teks dijadikan sebagai kaedah pengumpulan data kajian. Kajian mendapati terdapat perbezaan diantara kaedah tradisional dan moden namun kedua-duanya saling berhubung diantara satu sama lain sesuai dengan peredaran zaman. Diharapkan kajian ini boleh membantu kepada semua pihak untuk menjadikan pengajian hadis terus berkembang walaupun berlakunya perubahan zaman.







