The Role Of Media In Education: The Study On The Drama ‘Matahari Terbit Lagi’ (The Sun Rises Again)

Peranan Media Dalam Pendidikan: Kajian Terhadap Drama 'Matahari Terbit Lagi'

Authors

  • Monika @ Munirah Abd Razzak Pensyarah Kanan
  • Nor Hizwani Ahmad Thohir Pelajar Pasca Siswazah
  • Nik Mohd Zaim Ab Rahim Pensyarah Kanan

Keywords:

Media, Education, Drama, Islam, Role

Abstract

Media development has brought many changes in every aspect of human life. Electronic media, especially television, has special cattraction as it has a variety of functions such as information acquisition, entertainment and commercial viewership. In general, every home in Malaysia must have a television because its function is seen as important and popular either paid or free. Most TV stations are racing to create a dwifungsion program or program that is entertainment and commercial. In that enthusiasm, religious program publishers are not left behind to use this opportunity to produce drama, movies and programs that are syariah compliant, improving knowledge and educating the soul. Therefore the existence of da‘wah film and drama has been produced to achieve that goal. Hence this article will examine the role of da‘wah drama that is “Sunrise Raise Again” in education aspect. The Drama “Sunrise Raise Again” is a production issue by the actor of Asyraf Muslim, Al-Hidayah Production Sdn Bhd, which has won five trophies, Best Drama, Best Director, Best Drama Male Actor, Best Screenplay and Best Graphics Video on the night of the 2014 Screen Awards (ASK 2014) at the Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur. This study is a qualitative study that applies observation method that is nonparticipant observation to obtain data and using data analysis methods such as inductive, deductive and comparative methods. In addition, an analysis of text content has been performed on this drama to identify educational messages such as aqidah, syariah and morals. The results showed that this drama is a well-crafted and well-documented drama with educational messages that enhance the knowledge and understanding of the society towards the appreciation of Islam in everyday life. This drama can also be considered a good drama because of the lack of immoral character and scenes.


Abstrak
Perkembangan media telah membawa banyak perubahan dalam setiap aspek kehidupan manusia. Media elektronik khususnya televisyen mempunyai tarikan istimewa kerana ia mempunyai pelbagai fungsi seperti pemerolehan maklumat, hiburan dan komersial kepada penonton. Secara umumnya, setiap rumah di Malaysia pasti memiliki televisyen kerana fungsinya dilihat penting dan popular. Kebanyakan stesen TV berlumba-lumba mewujudkan rancangan atau program berbentuk dwifungsi iaitu hiburan dan komersial. Dalam keghairahan tersebut, penerbit program agama tidak ketinggalan dalam menggunakan peluang ini untuk menghasilkan drama, filem dan program yang menepati syariat, meningkatkan ilmu pengetahuan dan mendidik jiwa. Maka lahirlah filem dan drama yang berunsur dakwah demi merealisasikan matlamat tersebut. Justeru artikel ini akan mengkaji peranan drama dakwah iaitu Matahari Terbit Lagi dalam aspek pendidikan.  Drama Matahari Terbit Lagi ini adalah terbitan produksi milik pelakon Asyraf Muslim iaitu Al-Hidayah Production Sdn Bhd yang telah berjaya mengungguli lima trofi, Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Drama Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Video Grafik Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang mengaplikasikan metode observasi iaitu pemerhatian tanpa turut serta untuk mendapatkan data dan mengunakan metode analisis data seperti metode induktif, deduktif dan komparatif. Selain itu, analisis kandungan teks telah dilakukan ke atas drama ini untuk mengenal pasti mesej-mesej pendidikan seperti aqidah, syariah dan akhlak. Hasil kajian mendapati drama Matahari Terbit Lagi merupakan drama yang diterbitkan dengan begitu teliti dan sarat dengan mesej pendidikan yang mampu meningkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat terhadap penghayatan agama Islam dalam kehidupan seharian. Drama ini juga boleh dianggap sebagai sebuah drama yang baik lantaran kurangnya watak dan babak yang keterlaluan.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Monika @ Munirah Abd Razzak, Pensyarah Kanan

 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Nor Hizwani Ahmad Thohir, Pelajar Pasca Siswazah

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 

Nik Mohd Zaim Ab Rahim, Pensyarah Kanan

 Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia KL  

Published

2018-12-23

How to Cite

Abd Razzak, M. @ M., Ahmad Thohir, N. H., & Ab Rahim, N. M. Z. (2018). The Role Of Media In Education: The Study On The Drama ‘Matahari Terbit Lagi’ (The Sun Rises Again): Peranan Media Dalam Pendidikan: Kajian Terhadap Drama ’Matahari Terbit Lagi’. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 12(3), 9–29. Retrieved from https://www.al-qanatir.com/aq/article/view/172

Issue

Section

Articles