Islamic Literature Criticism Of Horror Films: Analysis Of The Main Characters Of Film Munafik 2 (2018) And Makmum (2019)

Kritikan Sastera Islam Terhadap Filem Seram: Analisis Watak Utama Filem Munafik 2 (2018) Dan Makmum (2019)

Authors

  • Muhammad Athari Basir Calon Ijazah Sarjana Bahasa Arab (Kesusasteraan Arab)

Keywords:

Criticism, Islamic, Literature, Horror, Films

Abstract

The inclusion of Islamic elements as one of the religious elements into horror films such as Malaysian and Indonesian horror films is not a strange thing in the world of filmmaking. Among the elements are bad retribution for those who practice magic, a horrible death at the end of life, ruqyah verses taken from the Qur'an and Hadith as well as the presence of religious people such as Ustaz and so on. Therefore, the inclusion of Islamic elements in horror films makes it one of the works of Islamic literature and needs to be criticized to coincide with the critique of Islamic literature. Therefore, this paper aims to examine the critique of Islamic literature proposed by Muhammad Qutb on the main characters of the films Munafik 2 (2018) and Makmum (2019). Both films were selected as study samples. This study is a qualitative study that uses a descriptive method of analysis, which is to collect data sourced from the Qur’an and Hadith from Shahih Bukhari and Muslim, as well as analyze the main characters in both films and categorize the basis of Islamic literary criticism using codes. The study data are discussed in detail to identify the critique of Islamic literature and the analysis of the main characters with support from the Qur’an and Hadtih from Sahih Bukhari and Muslim. The study concludes that the findings show some of the main characters in both films fit to the principles of Islamic literary criticism proposed by Muhammad Qutb.

Abstrak
Kemasukan unsur Islam sebagai salah satu daripada unsur agama ke dalam filem seram seperti filem seram Malaysia dan Indonesia bukanlah perkara asing dalam dunia penfileman. Antara unsur tersebut ialah balasan buruk bagi mereka yang mengamalkan sihir, kematian yang mengerikan di penghujung kehidupan, ayat ruqyah yang diambil daripada al-Qur’an  dan Hadith serta kehadiran orang agama seperti Ustaz dan sebagainya. Oleh sebab itu, kemasukan unsur Islam ke dalam filem seram menjadikan ia salah satu daripada karya sastera Islam dan perlulah dikritik agar bertepatan dengan kritikan sastera Islam. Justeru itu, makalah ini bertujuan mengkaji kritikan sastera Islam yang dicadangkan oleh Muhammad Qutb terhadap watak utama filem Munafik 2 (2018) dan Makmum (2019). Kedua-dua filem telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan metod diskriptif analisis, iaitu mengumpul data-data yang bersumberkan al-Qur’an  dan Hadith daripada Sahih Bukhari dan Muslim, serta menganalisis watak utama dalam kedua-dua filem dan mengkategorikan dasar kritikan sastera Islam tersebut dengan menggunakan kod. Data kajian dibincangkan secara terperinci bagi mengenalpasti kritikan sastera Islam dan analisis watak utama dengan mendatangkan sokongan daripada al-Qur’an dan Hadith daripada Sahih Bukhari dan Muslim. Kajian merumuskan bahawa dapatan menunjukkan sebahagian watak utama dalam kedua-dua filem menepati dasar kritikan sastera Islam yang dicadangkan Muhammad Qutb.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Muhammad Athari Basir, Calon Ijazah Sarjana Bahasa Arab (Kesusasteraan Arab)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 

References

Ahmad bin Muhammad. 1996. Irshad al-Sariyy Li Sharh Sahih al-Bukhariyy. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Karl G. Heider. 1991. Indonesian Cinema. National Culture on Screen. Honolulu: University of Hawaii Press.

Ken Dansayjir. 2009. Fikrah al-Ikhraj al-Sinama’iyy. al-Qaherah: al-Markaz al-Qawmiyy Li al-Tarjamah.

Muhammad Qutb. t.t. Manhaj al-Fann al-Islamiyy. Bayrut: Dar al-Syuruq.

Muslim bin al-Hajjaj. 2014. Sahih Muslim. t.tp: Dar At.Toyyibah.

Ruzain Syukur Mansor. 2012. Unsur Khurafat Sebagai Hiburan. Majalah Cahaya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Jurnal

Hani Salwah Yaakup, Wan Amizah Wan Mahmud & Mohd Shahizan Ali. 2016. Filem Seram Tempatan: Menelusuri Perubahan Kepercayaan Masyarakat Melayu. Forum Komunikasi, Vol. 1, 143-151.

Muhammad Muhaimin Zainal Abidin & Rosmawati Mohamad Rasit. 2018. Analisis Mesej Dakwah Dalam Filem Munafik (2016). Fikiran Masyarakat, Vol. 6, 23-29.

Tesis & Disertasi

Muhammad Athari Basir. 2021. Al-Naqd al-Adabiyy al-Islamiyy Li ‘Anasir Filam al-Ru’bi: Dirasat Muwazanah Bayna Filamaini “Munafik 2” (2018) Wa “Makmum” (2019). (Disertasi Sarjana: Belum Diterbitkan). Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Suma Riella Rusdiarti. t.t. Film Horor Indonesia: Dinamika Genre. Artikel: Belum Diterbitkan. Program Studi Ilmu Susastra FIB UI.

Filem

Hadrah Daeng Ratu. 2019. Makmum. Dee Company. Ditonton pada 14 Jun 2020.

Syamsul Yusof. 2018. Munafik 2. Skop Productions. Ditonton pada 14 Jun 2020.

Internet

‘Munafik 2’ Lebih Berat, Berani dan Terus Cemerlang. https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2018/09/05/munafik (diakses pada 20 April 2021).

Hal Shohihul Bukhari Haqqan? https://www.alhurra.com/different-angle/ (diakses pada 20 April 2021).

Film Makmum Dapat Protes, Ali Syakieb Beri Tanggapan. https://entertainment.kompas.com/read/2019/08/22/144703610/film-makmum-dapat-protes-ali-syakieb-beri-tanggapan?page=all (diakses pada 20 April 2021).

Published

2022-09-18

How to Cite

Basir, M. A. . (2022). Islamic Literature Criticism Of Horror Films: Analysis Of The Main Characters Of Film Munafik 2 (2018) And Makmum (2019): Kritikan Sastera Islam Terhadap Filem Seram: Analisis Watak Utama Filem Munafik 2 (2018) Dan Makmum (2019) . Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 27(2), 116–125. Retrieved from https://www.al-qanatir.com/aq/article/view/533

Issue

Section

Articles