Fatwa Authority In Government Institutions In The Federal Territory
Autoriti Fatwa Dalam Institusi Pemerintahan Di Wilayah Persekutuan
Keywords:
Fatwa, Authority, Government, Institutions, CourtsAbstract
The Mufti should have the highest official authority to represent the Sultan in giving decisions on Islamic law compared to other religious scholars. Any decision, law or fatwa issued by the Mufti must be the basis and belief of the community. Syariah Courts and Civil Courts can also take fatwas as one of the platforms in making judgments. Each state in Malaysia has a state Islamic religious administration act which provides for the establishment of a State Fatwa Committee and its functions. In the Federal Territory, the Mufti is the party who advises the Yang Di Pertuan Agong in matters of Islamic law. However, the current situation shows the fatwas that were decided were not complied with and some were even openly disputed on social media. This article aims to discuss the authority of fatwas in government institutions in the Federal Territory. The debate will also touch on the public's acceptance of the fatwas issued. Document analysis was performed on the provisions of the law as well as the fatwas involved. The interview method was used to obtain current information related to the approach used by the authorities in conveying fatwa information to the community and its effectiveness. Preliminary analysis found that the legal provisions related to fatwa authority were clear. Yet there are other factors that challenge its effectiveness.
Abstrak
Mufti sewajarnya mempunyai kuasa autoriti tertinggi yang rasmi mewakili Sultan untuk memberikan sesuatu keputusan hukum syarak berbanding dengan alim ulama yang lain. Sebarang keputusan, hukum atau fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti wajib menjadi landasan dan pegangan masyarakat. Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil juga boleh mengambil fatwa sebagai salah satu landasan dalam membuat penghakiman. Setiap negeri di Malaysia mempunyai akta pentadbiran agama Islam negeri-negeri yang memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Fatwa Negeri dan fungsinya. Di Wilayah Persekutuan, Mufti merupakan pihak yang menasihati Yang Di Pertuan Agong dalam hal hukum Syarak. Namun situasi semasa menunjukkan fatwa-fatwa yang diputuskan tidak dipatuhi malah ada yang dipertikaikan secara terbuka dalam media sosial. Artikel ini bertujuan membahaskan autoriti fatwa dalam institusi pemerintahan di Wilayah Persekutuan. Perbahasan akan turut menyentuh penerimaan masyarakat terhadap fatwa-fatwa yang dikeluarkan. Analisis dokumen dilakukan terhadap peruntukan undang-undang berkenaan serta fatwa-fatwa terlibat. Kaedah temu bual digunakan bagi mendapatkan maklumat semasa berkaitan pendekatan yang digunakan oleh pihak berkuasa dalam menyampaikan maklumat fatwa kepada masyarakat dan keberkesanannya. Hasil analisa awal mendapati, peruntukan undang-undang berkaitan autoriti fatwa telah jelas. Namun terdapat faktor-faktor lain yang memberi cabaran kepada keberkesanannya.
Downloads
References
Abd. Jalil Borham. 2002. Pengantar Perundangan Islam. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Monir Yaacob. 2005. Ke Arah Mewujudkan Kerangka Perundangan Syariah yang lebih lengkap di Malaysia. Dlm: Siti Shamsiah Md Supi (pnyt.). Asas dan Kerangka Perundangan Negara Islam Malaysia, Ed. Ke 8. Kuala Lumpur: Institusi Kefahaman Islam Malaysia.
al-Qaradawi, Yusuf. 1996. Fatwa Antara Ketelitian dan Kecerobohan. Jakarta, Penterjemah: Ahmad Nuryadi Asmawi.
Auni Abdullah. 2005. Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam Sejarah Alam Melayu. Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd.
Mohd Kamel Mat Salleh & Mohd Al Adib Samuri. 2020. Autoriti Fatwa & Pendapat Mufti dalam Undang-Undang di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bangi: UKM Press.
Nisar Mohammad Ahmad, Abidah Abdul Ghafar & Adzidah Yaakob. 2019. Pengantar Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Nilai: USIM.
Tesis
Zaini Nasohah. 1998. Perkembangan Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia Sehingga Tahun 1990-an. Tesis. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jurnal
Azman Ab Rahman. 2011. Penguatkuasaan Fatwa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa: Infad. Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Suwaid Tapah. t.t. Undang-Undang Pentadbiran Fatwa di Malaysia. Jurnal Syariah Vol. 2.
Akta
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Internet
Peranan Seri Paduka Sebagai Ketua Agama. Peranan Seri Paduka Sebagai Ketua Agama. Undang-Undang Ahmad Ibrahim. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM. http://irep.iium.edu.my/67228/ (diakses pada 25 Jun 2020).
Kesatuan Dalam Perbezaan Fiqh. https://www.sinarharian.com.my/article/88776/KOLUMNIS/Kesatuan-dalam-perbezaan-Fiqh (diakses pada 25 Jun 2020).
Temubual
Anuar Ismail. Ketua Pengarah Malaysia International Islamic Fiqh Academy (MIIFA) JAKIM. 23 Februari 2021.
Haslizawati Ramli. Penolong Pengarah Kanan Malaysia International Islamic Fiqh Academy (MIIFA) JAKIM. 23 Februari 2021.
Mohd Aizam Mas’od. Ketua Unit Buhuth Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 9 Januari 2019.
Mohd Kamel Mat Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Muzakarah dan Panel Pakar Bahagian Penyelidikan JAKIM. 23 Februari 2021.
Noor Naemah Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan. 17 April 2020.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Zaini Nasohah, Nur Hazirah Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.