The Staging Of Islamic Theatre In Malaysia
Pementasan Teater Berunsur Islam Di Malaysia
Keywords:
Staging, Theatre, Da’wah, Fitrah, IslamicAbstract
This study discuses about the staging of Islamic theatre in Malaysia. Theatre activists in Malaysia have staged various forms, styles and issues related to Islam, at least since the 1970s. In the 1980s, Dato’ Noordin Hassan, Malaysia National Laurette presented the principles of Islamic theatre called the “Theatre of Fitrah” approach. This is very important to guide those want to perform an Islamic theatre. These principles are the basic guide in writing Islamic staging scripts, with the basic concept of theatre as “a way of worship to Allah SWT and da'wah. This study aims to describe the latest development of Islamic theatre in Malaysia in terms of the form of staging and issues presented. There are twenty two theatre productions that feature Islamic elements or discuss issues related to Islam has been list. Those performances apply Islamic elements in various aspects and approaches including acting, characters and issues pertaining to Islam. The issues raised are including the life history of the Prophet Muhammad SAW, the history and beliefs of Islam, and contemporary problems faced by Muslims. The style, form and concept of performance include musical, monologue, realistic and non-realistic. The application of Islamic elements and discussion on issues related to Islam are found have influence the approach of a theatre performance. A clear understanding of concept of Islamic theatre can strengthen the form and characteristics of Islamic theatre performance in Malaysia, and able to avoid confusing and uneasy among Muslim.
Abstrak
Kajian ini membincangkan tentang pementasan teater Islam di Malaysia. Penggiat teater di Malaysia telah mementaskan pelbagai bentuk, gaya dan isu berkaitan Islam, sekurang-kurangnya sejak tahun 1970-an. Pada 1980-an, Dato’ Noordin Hassan, Malaysia National Laurette telah membentangkan prinsip-prinsip teater Islam yang dipanggil pendekatan “Teater Fitrah”. Ini sangat penting untuk membimbing mereka yang ingin membuat persembahan teater Islam. Prinsip-prinsip tersebut merupakan panduan asas dalam penulisan skrip pementasan Islamik, dengan konsep asas teater sebagai “suatu ibadah kepada Allah SWT dan dakwah. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan perkembangan terkini teater Islam di Malaysia dari segi bentuk pementasan dan isu yang dikemukakan. Terdapat dua puluh dua pementasan teater yang memaparkan unsur-unsur Islam atau membincangkan isu-isu berkaitan Islam telah disenaraikan. Persembahan tersebut menerapkan unsur Islam dalam pelbagai aspek dan pendekatan termasuk lakonan, watak dan isu berkaitan Islam. Isu-isu yang dibangkitkan termasuklah sejarah hidup Nabi Muhammad SAW, sejarah dan akidah Islam, dan masalah kontemporari yang dihadapi oleh umat Islam. Gaya, bentuk dan konsep persembahan termasuk muzikal, monolog, realistik dan tidak realistik. Penerapan unsur-unsur Islam dan perbincangan mengenai isu-isu berkaitan Islam didapati telah mempengaruhi pendekatan sesebuah persembahan teater. Kefahaman yang jelas tentang konsep teater Islamik dapat mengukuhkan bentuk dan ciri-ciri pementasan teater Islam di Malaysia, serta dapat mengelakkan kekeliruan dan kegelisahan dalam kalangan umat Islam.
Downloads
References
Dinsman. 2019. Menunggu Kata Dari Tuhan: Teater dari Hadith Nabi, Edisi Khas Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019. Petaling Jaya: Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).
Mana Sikana. 2009. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi. 2019. Pengenalan Gagasan Sastera Islami: Dunia Arab dan Alam Melayu. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Noordin Hassan. 2002. Teater Fitrah dan Esei Pilihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Solehah Ishak. 1990. Pengalaman Menonton Teater. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
S.M Zakir. 2014. Laboratorium. Kuala Lumpur: Nusabuku Enterprise.
Jurnal
Che Abdullah Che Ya & Hanapi Dollah. 2012. Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar dan Apa-apa. Jurnal Melayu. Vol. 9. Bangi: Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fazilah Husin, Nik Fazli Mohamand, Zulkifli Mohamad & Mohd Zariat Abdul Rani. 2019. Pendekatan Persembahan Teater-Teater Berunsur Islam Dinsman. International Journal of Creative Industries. Vol. 1(2). DOI: 10.35631/ijcrei.12002. Kota Bharu: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE).
Fazilah Husin, Mohd Zariat Abdul Rani, Siti Husniah Husin & Zulkifli Mohamad. 2020. Pementasan Teater Berunsur Islam di Zon Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Al-Qiyam International Social Science and Humanities Journal. Vol. 3(3). E-ISSN: 2637-0271. Terengganu: Al-Qiyam Centre for Scientific Research and Studies.
Krishen Jit. 1984. Toward an Islamic Theatre for Malaysia: Noordin Hassan and Don't Kill the Butterflies. Asian Theatre Journal. Vol. 1(2). Honolulu: Universiti of Hawai’i Press.
Mohd Shopiee Shiddeq. 2015. Murtad di Malaysia: Permasalahan dari Perspektif Undang-undang Syariah (The Crime of Apostasy in Malaysia: Problems from Syariah Law Perspective). Jurnal Undang-undang dan Masyarakat. Vol. 19. Bangi: UKM Press.
Nasir Razali & Azhar Wahid. 2020. Idealisme Dalam Naskhah “Sabda Sang Pendeta” Karya Ismail Kassan Berdasarkan Konsep Keadaman. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu. Vol. 8(1). Tanjong Malim: Persatuan Penulis Budiman Malaysia. https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/4.
Tesis
Rohani Md Yousoff. 2010. Symbols in the Plays of Noordin Hassan. Disertasi Doktor Falsafah, Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Internet
Kamarool Haidi. 10 Ogos 2019. Memahami Erti Orang Melayu dan Bangsa Melayu. Editor Malaysia.com. https://www.editormalaysia.com/11127/ (diakses pada 31 November 2012).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Fazilah Husin, Zulkifli Mohamad, Mohd Zariat Abdul Rani

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.